AsSalamu'alaikum dan Salam sejahtera,
Penduduk Unipark Kondominium yang dihormati,
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk memimpin JMB Unipark Kondominium bagi penggal 2025/26, yang telah dilantik pada MAT ke 11.
Sepanjang tempoh telah berlalu, kita telah bersama-sama membina asas yang kukuh dan melihat peningkatan dalam pelbagai aspek.
Visi saya adalah untuk menjadikan Unipark sebagai komuniti yang bukan sahaja diurus dengan baik, tetapi juga dinamik, mampan, dan unit-unit kediamannya selamat dan selesa.
Tumpuan utama kami adalah untuk meningkatkan kehidupan komuniti, mengoptimumkan kemudahan, memperkukuhkan keselamatan, dan mengekalkan tadbir urus yang telus. Kami juga akan menerapkan kelestarian dan memperkukuh saluran komunikasi dengan anda semua.
Saya mengalu-alukan penglibatan aktif anda semua. Bersama, kita boleh menjadikan Unipark tempat tinggal yang lebih nyaman dan harmoni.
Terima kasih sekali lagi.